Monday, March 1, 2010

Program Mahasiswa Cemerlang (PMC)

Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di Sukida Resort di Ulu Semenyih, SelangOr pada 26-28 Feb.. ResOrt ke? Siapa yang pergi saja yang tahu.. Hehe.. Perasaan aku, seronok juga dapat kawan baru, dapat tambah imu, keyakinan diri dan menjadi seorang yang lebih dewasa. Seramai 78 orang kot, tak pasti. Yang paling ramai lelaki 8 orang. Lelaki sudah pupus agaknya. Sukida Resort ini sebenarnya tempat orang pancing ikan, abang aku suka tempat macam ini.



Sukida Resort

Cantikkan? Itu la tempat kem aku. Sangat indah, tenang dan aman. Sebelum masuk resort ini, siap ada tempat peranginan lagi, kubur cina+kubur kristian. haha.. Hari pertama pergi, hujan selebat-lebatnya. Mungkin hujan rahmat. Terima kasih kepada fasi yang tolong angkat beg-beg budak kem. kerjasamamu amat kami hargai walaupun mereka x angkat beg aku sebab aku pegang sendiri bawak atas bas.

Sampai saja di dOrm, oog,'oh our gOd'.. Satu dOrm 36 orang, sangat sempit ok. Tak apa 3 hari saja kn.. Disebabkan dOrm sebegitu, sangat susah untuk aku untuk melelapkan mata, biase la perempuan gosip2, sembang, gayut ngan laki.. Dah habis dengan dOrm, mari kita lihat tOilet dan bilik air. Wow, sOalan pertama dari rakan aku, macam mana hendak mandi ini? cantik sangat swimming pool 5 star. Berkemban sajalah, waktu mandi semua muka malu. haha, shengal.



Bilik air



Toilet

Malam itu, ada ceramah dari ustaz kami, En.Suhaimi Abdullah.. Tajuk, Min Aina Ala Aina? maksudnya, dari mana ke mana? dan Hala Tuju siswa-siswi & tanggungjawab seorang insan. Sangat seronok, ustaz tunjuk video ibu mengandung dan pengorbanan penguin. Ustaz cakap, HEBAT..

Hari kedua, Ldk. Aku dapat kumpulan nO.6 mereka adalah saya sendiri,fitri, syakirah, syafika, jehan, aqilah dayana, nur khairul nisak. Mereka sangat best. kakak fasi memberi kami aktiviti membuat arca senibina islam dan nama kumpulan dari perjuangan rasullah. Kami memilih, ikraq kerana ikraq adalah surah yang pertama diturunkan dan membuat arca kaabah.




semangat buat kaabah




Fitri sebagai ketua


nur khairul nisak, me, aqilah dayana, syakirah, jehan,syafika


grOup shiela abdul

Selepas itu, ceramah dari ustaz nafiz, smart solat. Ceramah kedua, kepemimpinan cemerlang dari En. Suhail. Ceramah yang tidak mengantukkan, En. Suhail buat lawak.
Sesi petang, game..






Malam pula ada aktiviti burung hantu. Pengalaman pertama dalam hutan ditingglkan seseorang dan ditutup mata. Macam2 bunyi aku dengar, bunyi benda jatuh dalam air, kera bergaduh. Dalam hati macam2 zikir dan doa aku baca. haha.. Dan diri ini memikirkan keadaan di dalam kubur. Kesian kepada syakirah, kena gastrik waktu itu.


Yeah, hari terakhir pula, semua muka nak balik.. Ceramah dari En. Syed Helmi SCD, pengurusan stress dan pembangunan diri.






mereka kawan saya




Selain itu, ada kursus basuh pinggan..


kena basuh sendiri pinggan dan gelas


mkn time

Bertolak balik pukul 3, semua tido dalam bus.


ecah n kak miera


Gambar aku tak banyak, lupa nak minta dekat faten.. adehh..
Ayat aku sangat skema di pOst ini..


No comments:

Post a Comment